Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
* 8
Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam
dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi pada hari yang sama.
* 8 Mac
- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan pada 5.30 pagi melibatkan 15
pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk empat Hercules C130,
sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
(APMM).
* 8
Mac - Kenyataan media daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad
Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu, kesemua
keluarga penumpang telah dimaklumkan dan pecahan kerakyatan penumpang MH370
iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7),
Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2),
Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).
* 8
Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin melawat anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370.
* 9
Mac - Bantuan luar negara tiba dalam operasi SAR mencari MH370 melibatkan 34
pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara iaitu
daripada China, Thailand, Vietnam, Amerika Syarikat, Australia, Indonesia dan
Singapura.
* 9
Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan
pencarian diperluaskan di Laut China Selatan hingga ke Selat Melaka.
* 9
Mac - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul
Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu, daripada
negara Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.
* 9
Mac - APMM menghantar sampel tompokan minyak ditemui di kawasan Laut China
Selatan, 100 batu nautika dari pantai Tok Bali dekat sini ke Jabatan Kimia di
Petaling Jaya untuk dianalisis.
* 10
Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan telah menerima
tawaran daripada Perdana Menteri New Zealand John Key, yang menghantar pesawat
pengesan maritim P-3C Orion bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat
pesawat MH370 yang hilang.
* 10
Mac - APMM mengesahkan tompokan minyak dijumpai di Laut China Selatan semalam
hanyalah minyak bunker yang memang tidak digunakan oleh kapal terbang.
* 10
Mac - Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia,
Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran
perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu
ia dilaporkan hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan