Isnin, 17 Mac 2014

Perkara pelik berkenaan Jambatan Sultan Abdul Halim

Jambatan Kedua Pulau Pinang
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah digambarkan oleh juru perunding jambatan tersebut sebagai tempat yang paling selamat di Pulau Pinang. Punyalah selamat sehinggakan jika berlaku gempa bumi di Pulau Pinang, Aceh, Sumatrera atau lain-lain tempat di sekelilingnya, anda hanya perlu lari duduk atas jambatan itu saja.  

Jambatan ini telah dilengkapi dengan teknologi anti gegaran yang paling canggih di dunia.

Teringat saya berkenaan Kapal Titanic yang karam dilautan dalam dulu. Betapa terujanya para jurutera pereka dan pembina kapal besar itu sehingga mereka gambarkan dengan kenyataan, "Tuhan sendiri tidak mampu karamkan kapal besar itu!!!"

Sabtu, 15 Mac 2014

Tiga kapal Maritim bantu SAR di Selat Melaka

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menggerakkan tiga kapalnya membuat rondaan di Selat Melaka dalam usaha membantu misi mencari pesawat MAS MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.
   
Menurut seorang pegawai Maritim, operasi agensi itu melibatkan enam sektor di utara Selat Melaka dan operasi dilakukan 24 jam,.
   
"Operasi di Selat Melaka berjalan seperti biasa setiap hari," Maritim membawa 24 wakil media termasuk dua dari Guangzhou, China untuk turut serta dalam operasi mencari itu. Mereka dibawa ke sekitar Pulau Perak, kira-kira 60 batu nautika dari Bukit Malut.
   
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam Jumaat lepas.
  

Jom tengok hero RED Warrior BERGUSTI dengan MACAI Abg Non

Setelah melihat bagaimana MACAI - MACAI (baca: Ma-Ca-Ee) Abang Non menjerit-jerit dalam dewan rakyat bagi mengganggu TSAM melondehkan mereka, ia telah menguatkan lagi kata hati kami selama ini bahawa peluang BN untuk merampas Kajang adalah sangat tipis. Ini semua kerana penyokong pembangkang ini semua umpama berada dalam lubang najis yang dalam. Mula-mula memang tidak tahan baunya, tetapi apabila sudah diajar hidung (otak) untuk hidup dengan bergeumang dengan najis, maka semuanya akan rasa seperti biasa sahaja. Dan yang lebih buruk, mereka akan sentiasa menampakkan orang lain sebagai lebih jijik dan busuk bagi memastikan diri mereka tampak BERSIH!


SILA KLIK LINK HERO TRW

(Video) Pendedahan Annuar Musa keadilan terpilih cara Anwar

Mayat ditemui dalam dusun durian

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam dusun durian di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok, di sini, pagi tadi.
    
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supritenden Baharom Abu berkata, mayat tanpa sebarang dokumen itu ditemui kira-kira 8 pagi oleh pemilik dusun yang kemudian memaklumkannya kepada polis.
    
Pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa dalam lingkungan 20-an mati di tempat lain sebelum dibuang di dusun berkenaan.
    
"Setakat ini siasatan kita mendapati tiada sebarang kecederaan dialami mangsa dan polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mati akibat jangkitan kuman pada paru-parunya.
    
"Ini berdasarkan kepada empat kes penemuan mayat warga asing sebelum ini yang hasil bedah siasat mendapati semua mereka mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru," kata Baharom. 

#PRK Kajang: Nombor Telefon Pimpinan KEADILAN Digodam.......!!!???



KEADILAN sengaja mendakwa bahawa telah menerima maklumat bahawa handphone YB Azmin Ali, YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB Shamsuliskandar, YB Nik Nazmi telah digodam (hacked). Didakwa banyak SMS yang menyerang parti komponen Pakatan Rakyat, yang kononnya telah dihantar oleh pimpinan KEADILAN. Pimpinan parti tidak pernah menghantar sebarang mesej sebegitu, dan KEADILAN menyelar sekeras-kerasnya taktik kotor yang diguna pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat dan cuba mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat. Usahlah guna taktik sebegini, mari bertarung di pentas politik yang sah! suarabertaut melihat lakonan dan sandiwara ini sengaja ditimbulkan bagi meraih simpati pengundi Kajang terhadap calon PKR. Adalah diharap agar pengundi Kajang tidak mudah terpedaya dengan strategi dan taktik lapuk pihak pembangkang.

300 belum ambil baucar BR1M

BR1M 3.0

Kira-kira 300 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Dun Ayer Keroh masih belum mengambil baucar tunai mereka setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Keroh, Mohd Arif Yusa berkata, difahamkan ada penerima yang tidak dapat hadir pada hari penyampaian BR1M kerana ada urusan lain, walaupun mereka telah dimaklumkan terlebih awal menerusi surat.

Mereka yang tidak berbuat demikian kemudian telah datang mengambil baucar berkenaan di pejabat Japerun pada keesokan harinya.

“Bagaimanapun, sehingga kini masih ada 300 terdiri daripada 100 penerima bujang dan 200 isi rumah, belum berbuat demikian..

Menurut Mohd Arif, pihak Japerun menyimpan baucar berkenaan sehingga semalam, di mana ianya akan diserahkan kepada Pejabat Daerah dan penerima perlu berurusan dengan pihak berkenaan untuk mengambilnya.

SENDIRI MAU INGAT NUAR...



Sendiri buat rencana jahat lepas tu tuduh orang lain punya kerja. Ingat Nuar... dosa ko dah terlalu banyak pada kami rakyat Malaysia. Isu lahad datu setahun lalu pun angkara ko. Hanya puak-puak songsang saja yang suka sokong ko.

Ingat Nuar Tuhan tu ada. Ko tak boleh lari mana hatta ke kedutaan Turki atau Amerika sekali pun, apabila tiba masa ko akan dipenjarakan ko akan terima juga akibatnya.


Yang siarkan berita muslihat ko adalah portal kawan ko jugak.

Portal Free Malaysia Today

Jumaat, 14 Mac 2014

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) - April 2014

Jawatan kosong kerajaan terkini Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Februari hingga April 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di TUDM sebagai:

1. Perajurit Muda TUDM

Tarikh pemilihan akan berlangsung pada 18 Februari 2014 sehingga 19 April 2014.

tudm


Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor: Kerajaan

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Mac 2014


LOGO_SPP
Establishment Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) is the result of recommendations made by the Royal Commission on the teaching service established to review the services of teachers, salaries and conditions of service as well as other school personnel (better known by the name of the Commission Royal Aziz).
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Mac 2014 :
  • Pembantu Pengurusan Murid Gred N17
  • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
  • Pembantu Makmal Gred C17
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 (Guru Bukan Siswazah)
  • Pegawai Pendidikan Pegajian Tinggi Gred DH41 Dan DH29
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 (Guru Siswazah)
  • Penyelia Asrama Gred N17

PAV1M akan permudah veteran ATM berurusan

Veteran Angka­tan Tentera Malaysia (ATM) di negeri Sarawak kini boleh men­jimatkan wang ringgit dan masa untuk berurusan dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) berikutan penubuhan Pusat Akses Veteran 1Malay­sia (PAV1M) di beberapa zon di seluruh negeri itu.

Pengarah JHEV Negeri Leftenan Kolonel Mon­day Juhid berkata, PAV1M yang merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Ketujuh telah ditubuhkan di empat lokasi negeri ini untuk menyediakan kemudahan kepada veteran dan juga ahli keluarga mereka.

“Fungsi PAV1M adalah pusat sehenti untuk mengu­ruskan masalah yang dihadapi veteran ATM kita.

“Ia telah ditubuhkan di Kem Pakit (Sri Aman), Kem Oya (Sibu), Kem Kuala Segan (Bintulu) dan Kem Sri Miri (Miri),” katanya.

Penubuhan PAV1M, veteran di bahagian lain negeri ini tidak perlu lagi pergi jauh ke Kuching untuk berurusan dengan JHEV sekali gus menjimatkan masa dan kos perjalanan mereka.
Bagi memastikan keberke­sanannya, JHEV Sarawak semalam telah mengadakan taklimat khas bersama ang­gota dan pegawai tentera yang dilantik untuk men­guruskan perkhidmatan tersebut.

“Peranan asas PAV1M adalah untuk membantu JHEV melihat keperluan veteran kerana sebelum ini jabatan cuma mempunyai sebuah pejabat di Kuching yang berperanan memberi perkhidmatan di seluruh Sarawak.

“Maka, adalah sukar untuk kami menyediakan perkhid­matan yang efisien kepada veteran dan disebabkan itu kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan pusat sehenti ini di beberapa kem tentera.

“Selepas ini, saya berharap setiap PAV1M ini akan dapat menjalankan peranan dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada vet­eran,” katanya.

Antara yang menghad­iri taklimat semalam ialah wakil dari Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Persatuan Veteran Tentera Malaysia Sarawak (PVTMS), Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen 1Malaysia (PVTTB1M) dan Persatuan Veteran Renjer Sarawak (PVRS).


Khamis, 13 Mac 2014

Cukai Kereta Di Malaysia


In USA ------------------- In MALAYSIA

Honda Accord RM64,440 -------------------RM150,000
Honda CRV RM67,485 ------------------- RM150,000
Honda Civic RM47,865 ------------------- RM115,000

Toyota Altis RM48,390 ------------------- RM112,000
Toyota Camry RM66,165 ------------------- RM180,000
Kia Sorento RM69,450 ------------------- RM160,000
Hyundai Tucson RM57,735 ------------------- RM140,000
Hyundai Sonata RM62,685 ------------------- RM150,000
Hyundai Elantra RM50,085 ------------------- RM98,000

Luxury car prices

BMW 328i RM109,500 ------------------- RM300,000
BMW 528i RM149,000 ------------------- RM400,000
BMW 535i RM157,000 ------------------- RM600,000
BMW X5 RM142,500 ------------------- RM580,000
Mercedes E350 RM153,000 ------------------- RM400,000 (M'sia for CKD E250)

Jaguar XF RM159,000 ------------------- RM500,000
Jaguar XJ RM221,000 ------------------- RM1,000,000

Porsche Cayenne RM 146,000 ------------------- RM570,000

Angin Kencang, Laut Bergelora Hingga 18 Mac Ini!!!



Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga Selasa.
   
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Bintulu dan Miri manakala di Sabah membabitkan Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat.
   
Keadaan sama juga dijangka melanda Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
   
Kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Samui dan Tioman pula diramalkan mengalami keadaan sama bermula Sabtu ini hingga Selasa.
   
Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang turut terdedah kepada kenaikan paras air laut bagi tempoh yang sama, demikian menurut kenyataan jabatan itu hari ini.

Angin kencang Timur Laut berkelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter berbahaya kepada semua bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
    
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor Barat, Selat Melaka Utara dan Selat Melaka Selatan berikutan jerebu.
   
Keadaan itu dijangka berterusan sehingga Ahad ini dan ia berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai pemanduan arah pelayaran. 

Kod Tango Sahkan Sabotaj?

Kod tango sahkan sabotaj?

Syarikat penerbangan MAS difahamkan telah mengeluarkan kod tango berhubung kehilangan pesawat MH370 selepas ia gagal dikesan radar pemantau.
Menurut sumber, kod tango digunakan apabila merujuk kepada insiden yang melibatkan perbuatan sabotaj, termasuk rampasan pesawat.

“Syarikat itu memaklumkan kepada petugas di bilik operasinya bahawa kehilangan pesawat MH370 diklasifikasikan dengan kod tango,” kata sumber tersebut.

Setiap syarikat penerbangan difahamkan mempunyai kod berkenaan bagi mengenal pasti ancaman terhadap penerbangan mereka yang difahami oleh semua petugas di seluruh dunia.

Kod tango hanya digunakan dalam situasi cemas yang merujuk kepada perbuatan sabotaj melibatkan penerbangan awam atau komersil.

Seorang pegawai perhubungan media MAS, ketika dihubungi semalam, mengakui pihaknya mengisytiharkan kod itu dalam kes kehilangan MH370, tetapi menafikan ia merujuk pada rampasan pesawat.

Ya kami telah mengisytiharkan kod tango tetapi ia bukan bermaksud rampasan (pesawat). Itu mesej untuk kami meningkatkan lagi tahap keselamatan,” kata pegawai berkenaan.

Mulai esok kod penerbangan MH370 ditamatkan

Penerbangan Malaysia akan menukar kod laluan ke Beijing mulai esok 14 Mac daripada MH370 kepada MH318 bagi menghormati pesawat Boeing 777-200ER bernombor pendaftaran 9MMRO yang ditugaskan terbang di laluan tersebut yang kini hilang belum ditemui.

Ini bagi menghormati keluarga penumpang dan krew pesawat hilang tersebut dan bagi mengelakkan kekeliruan.

Manakala penerbangan Beijing ke KL yang sebelum ini menggunakan kod MH371 akan ditukar kepada MH319.


Kajang Move: POSTER UNTUK JIJAH...



Inilah sebahagian koleksi yang rakan-rakan para sahabat kami emailkan kepada kami. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilainya. Bagi kami ia adalah penghasilan yang kreatif dan tahniah kepada para penciptanya.








Edisi Bongkar Raja Bomoh Pembangkang Punya ?


Bomoh ni sebenarnya pembangkang punya? Dengar cerita pembangkang kelepet dia pergi ke KLIA untuk cari MH370 tu? Apa pun khabar yang sedang berlegar sekarang ni kita tolak semua ke tepi. Perkara yang kita mesti tahu adalah kita kena  tinggalkan semua perkara khurafat tahayul syirik seperti ini once and for all.Lama sangat dah benda ni. Mohon semua ambil tanggungjawab sebarkan kepada kawan², saudara mara, jiran², pakcik, makcik, mak, ayah, adik, kakak, abang dan sapa² yang mampu yang sebenarnya amalan pembomohan ini adalah haram, berdosa dan boleh membawa kepada kekufuran.


Misi Mencari Zam Zam ala ka zam ......



Takkan sampai macam nie kot ..... niatnya nak membantu, tapi akhirnya jadi bahan ....

Kalau masa nie MLM (Maharaja Lawak Mega) ada ... confirm depa nie akan jadi bahan para peserta....

Kita bukan nak mempersenda kehilangan Pesawat MH370, tapi kecewa dengan `depa' nie...


Apapun, kita terus berdoa agar Misteri MH370 akan segera terungkai dan kalau boleh, semua anak kapal dan penumpang MH370 akan kembali bersama keluarga mereka

Malaysia Hantar Pesawat Pencari Ke Kawasan Objek Ditemui Satelit China

Malaysia menghantar pesawat menuju ke kawasan tiga objek ditemui satelit China yang disyaki kawasan penerbangan Malaysia Airlines 370 terhempas, lapor CNN.
CNN memetik sumber daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tidak mahu dinamakan yang memaklumkan mereka pagi ini.
‎Awal hari ini, satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”, lapor CNN memetik agensi kerajaan China, yang berkemungkinan menjadi petunjuk baru dalam misi mencari dan menyelamat pada hari yang keenam.

Warga Emas Maut Dirempuh Kereta Di Kuala Krai

Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta di KM58 Jalan Kota Baharu-Gua 
Musang berhampiran Kampung Keroh, Kuala Krai, awal pagi semalaml.

Kejadian pada jam 6.45 pagi, Mohd Razali Awang Besar, 63, dari FELDA Kemahang, Tanah Merah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Ab Rahim Che Ghani berkata mangsa dirempuh sebuah kereta Proton Wira ketika sedang menyeberangi jalan untuk menaiki sebuah bas, sebaik selesai menunaikan solat Subuh di sebuah masjid.




Rabu, 12 Mac 2014

AGENDA MESYUARAT PAKATAN RAKYAT TERBONGKAR..WAN AZIZAH DITOLAK #PRKKajang


Pernah tak kita terfikir kenapa Anwar memilih isterinya sendiri menjadi calon dalam PRK Kajang untuk menggantikannya walaupun terdapat beribu-ribu macai yang lain dalam PKR yang lebih layak untuk menggantikannya dalam PRK tersebut..

Info dalaman dari PKR memberitahu mereka telah menyenarai pendek beberapa nama untuk menggantikan Anwar sebagai calon PRK Kajang setelah Anwar didapati bersalah dalam kes meliwat Saiful...Antara nama yang disenarai pendek ialah Wan Azizah, Hj Mohd. Yahya Sahri, Yusmadi Yusoff, Dr Muhd Nur Manuty, Latheefa Koya, Dr Badrul Amin Bahron, Fariz Musa dan Dr Idris Ahmad.

Tetapi dalam semua nama yang disebut itu Anwar lebih mempercayai isterinya untuk menggantikannya sebagai calon dengan alasan Agenda Langkah Kajang hanya dapat diteruskan jika isterinya menjadi calon.

Pesawat Berpatah Balik Tak Dapat Disahkan MH370

Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelaskan bahawa pesawat yang berpatah balik itu tidak dapat disahkan sebagai MH370.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata, namun tidak mahu mengambil sebarang risiko, pihaknya menghantar pesawat C130 untuk meninjau tetapi tidak menemui apa-apa di kawasan terakhir pesawat misteri itu dikesan.
“Kita kaji rakaman semula daripada radar dan ia buktikan ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik dan tak pasti sama ada ia adalah pesawat yang sama tapi dalam radar ada nampak patah balik.

Jangan Sebar Maklumat Tidak Sah

Masyarakat terus digesa agar tidak menyebarkan maklumat tidak sah berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata penyebaran maklumat yang diragui dan tidak diiktiraf bukan sahaja boleh menimbulkan kebimbangan dan menjejaskan siasatan malah boleh mengguris perasaan anggota keluarga dan kenalan penumpang pesawat terbabit.
“Dalam kes-kes tertentu dikira melampaui batas dan menyebabkan satu pihak merasa jelik, terancam, difitnah dan sebagainya dan seterusnya pihak tersebut melakukan aduan kepada pihak berwajib seperti SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) maka tindakan undang-undang berdasarkan akta-akta sedia ada boleh diambil.
Dalam pada itu, Jailani juga mengingatkan semua pengguna Internet terutamanya media sosial seperti Facebook dan Twitter supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan etika yang betul di saat negara menghadapi cabaran hebat menangani kehilangan pesawat MH370.

Ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Anwar terbaru Anwar berhubung isu pengundi hantu seramai 40,000 orang yang diterbangkan khas dari Bangladesh bagi membantu parti Barisan Nasional (BN)menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Setelah gagal memberikan bukti yang sahih terhada pdakwaan tersebut, Anwar akhirnya terpaksa ‘pusing 180 darjah’ dengan mengatakan ia adalah manipulasi penulisUmno.

Anwar juga dilaporkan berkata, bahawa pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh tersebut sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dariluar pada hari membuang undi awal.
Sedangkan sekiranya kita teliti, ia adalah merupakankenyataan Anwar yang kemudiannya dilaporkan dalam semua media rasmi pembangkang termasuk KeadilanDaily dan Malaysiakini. Tidak cukup dengan itu, laporan tersebut turut dimainkan dalam portal-portal antarabangsa seperti Straits Times Singapore, Telegraph, UK, dansebagainya.

Solat Hajat PAS Doa Untuk UMNO

- Doa keburukan kepada sesama Islam dilarang oleh syariat dan juga pandangan orang yang ada akal kewarasan.
- Oleh itu menggunakan program solat hajat yang dihadiri ribuan umat Islam tidak wajar dijadikan tempat melepaskan kemarahan politik.
- Begitu juga meniup semangat kebencian berdasarkan fitnah bahawa parti UMNO BN menjual negara ini juga tidak boleh diterima oleh sesiapa.
- Bagaimana andaikata UMNO juga membuat solat hajat mengutuk agar dihancurkan PAS seperti doa yang mereka buat semasa solat hajat di Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu dua hari yang lalu ?
- Paling penting di dalam Islam berdasarkan akhlak Nabi kita tidak pernah temui sebarang contoh Nabi mendoakan kehancuran kepada musuh-musuhnya bahkan musuh baginda didoakan agar menerima hidayah memeluk Islam.
- Ia berlaku semasa kisah Nabi mendoakan Umar Al-Khattab yang akhirnya membawa kepada pengislaman beliau selepas mendapat hidayat dari Allah Taala.
- Begitu juga di saat Nabi diberi tawaran agar menghancurkan kota Taif yang menolak seruan baginda, namun ia dijawab dengan baik dengan kata dan doa agar zuriat penduduk tersebut akan lahir dan menjadi umat manusia yang beriman kepada Allah.
- Terbukti akhirnya penduduk Taif menjadi orang Islam yang kekal hingga ke hari ini.
- Pemimpin PAS patut mengkritik tindakan ini, sama seperti tindakan yang dibuat oleh Nik Aziz apabila mendoakan Perdana Menteri agar ‘pecah perut’ sebelum ini.
- Namun ketinggian akhlak YAB Perdana Menteri tidak menghalang beliau untuk menziarahi Nik Aziz apabila beliau ditimpa sakit dan dirawat di hospital.
- Akhlak yang ditunjukkan jelas memberi pengertian besar perbezaan antara pemimpin yang berakhlak seperti Nabi walau berpakaian tidak mengikut pakaian Nabi seperti jubah dan serban.
Malang jika manusia masih menilai luaran namun tidak mengira dalaman seseorang yang sememangnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar tetapi terpancar melalui sikap dan perbuatan.

Vietnam gantung operasi udara cari MH370 kerana tunggu penjelasan Malaysia

KUALA LUMPUR: Vietnam telah menggantung operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di udara sementara menunggu Malaysia untuk menjelaskan hala tuju baru dalam pencarian pesawat yang hilang secara tiba-tiba pada Sabtu lepas.



Selain itu, menurut laporan AFP,  operasi pencarian di laut turut dikecilkan skalanya.

"Kami telah membuat keputusan untuk menggantung sementara beberapa aktiviti mencari dan menyelamat, sementara menunggu maklumat daripada Malaysia," kata laporan itu memetik kata-kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu sambil menambah bahawa bot masih mencari kawasan pearairan negara itu, tetapi pada skala yang lebih kecil.

Malaysia telah memperluaskan pencarian untuk pesawat yang hilang itu ke Laut Andaman, ratusan kilometer ke arah barat laut dari radius pencarian semula.

Sebelum ini akhbar Berita Harian melaporkan bahawa pencarian digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.

Namun, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan itu sambil berkata akhbar tersebut tersalah lapor.

“Kami sudah bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia dua kali, tetapi sehingga sekarang mereka tidak memberi jawapan kepada kami,” kata Pham Quy Tieu apabila ditanya tentang laporan tersebut.

Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dari 14 negara termasuk Malaysia, masih tidak lagi diketahui.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 1.40 pagi Sabtu.
MARANG: Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Seorang daripada penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu.

"Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau.

Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.