بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan satu ciuman buat u alls, eemmm...hari ini hari terakhir sekolah di pantai timur, maka cuti panjanglah nanti, nampaknya waktu berblog KY pun akan sedikit tergendala, maklumlah..bila dah semua ada kat rumah, berebut laptoplah...bilalah dapat beli yang lain, tak payah nak rebut-rebut..
Ok...hari tu KY dah kongsi artikel tentang Saat dan Ketika Allah Menciptakan Wanita, dah bacakan? kalau yang belum baca, klik tajuk tu, jangan ketinggalan tau...dan setelah kita ketahui, betapa sempurnanya Allah menciptakan kaum hawa ini, maka dengan itu kita harus menghargai dan menjaganya dengan baik. InsyaAllah, dan untuk kali ini, KY nak sampaikan pesanan pula buat kaum hawa, agar kita akan lebih menghargai dan bersyukur....
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu
bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia
tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa
janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan
dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku
khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya
salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu
kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak
memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai
wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang
iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang
bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk
mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia
tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah
perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan
pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat
kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta
keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi
cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu
bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu
kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
"Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki."