Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt
Shamsuddin Mat berkata lima sekolah yang dibuka di Lahad Datu ialah
Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4, SK
Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.
“Hanya 3 sekolah di Lahad Datu yang
belum dibuka iaitu SK Lok Buani, SK Fajar Harapan dan SK Tanjung Labian
kerana berada dalam kawasan zon merah,” katanya ketika dihubungi Bernama
di sini.
Tinjauan Bernama di SK Sahabat 4 di sini
mendapati kehadiran pelajar terlalu sedikit berikutan ada ibu bapa
tidak mengetahui bahawa sekolah telah dibuka semula.
“Kira-kira 80 murid dan 10 guru hadir
hari ini,” kata Penolong Kanan 1 SK Sahabat 4 Mohamad Ostad Ulang dan
memberitahu sekolah itu mempunyai 373 murid dan 29 guru.
Di SEMPORNA, keadaan sama berlaku di SK Simunul apabila hanya kira-kira 200 murid hadir pada sesi pagi pada Isnin.
Guru Besar sekolah Sarudah Arun berkata
SK Simunul yang melaksanakan persekolahan dua sesi mempunyai 1,321
murid. Sekolah itu ditutup 4 Mac berikutan kejadian serangan hendap di
Kampung Simunul 2 Mac lepas yang mengorbankan enam anggota polis dan
enam penceroboh militan.
Sarudah berkata ekoran insiden itu 30 daripada 81 guru memohon cuti berganti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan