Khamis, 28 Februari 2013

Info - Urusan Pelantikan Graduan Iijazah Pendidikan Sebagai Pegawai Gred DG41

Urusan Pelantikan Graduan Iijazah Pendidikan Sebagai Pegawai Gred DG41 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang mempertimbangkan sejumlah 7,824 graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun 2012 dan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012 untuk pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. Dalam mempertimbangkan pelantikan ini, SPP telah membuat keputusan bahawa sejumlah 2,791 graduan cemerlang yang memperoleh CGPA 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam Praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap. Mereka yang terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP. Baki 5,033 daripada 7,824 graduan iaitu 2,246 graduan IPTA dan 2,787 graduan IPGM yang telah memohon jawatan PPPS Gred DG41 akan melalui urusan temuduga yang dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari hingga 27 Mac 2013. Semakan maklumat temu duga boleh dibuat oleh setiap graduan di Portal SPP mulai 15 Februari 2013. Butiran mengenai jadual temuduga adalah seperti yang berikut: 

Khamis, 21 Februari 2013

Video- Penjelasan Isu Negara Berkebajikan dan AES



Tikus Bakal jadi Agen Perisik !!!!


Pasukan perisik tentera Rusia mendakwa tikus lebih baik berbanding anjing dalam mengesan bahan letupan. - AGENSI 


MOSCOW  - Pasukan perisik tentera Rusia sedang menjalankan uji kaji terhadap tikus untuk dijadikan ejen pengintipan sama seperti manusia.

Menurut pakar, fizikal tikus yang kecil dan pantas membolehkan haiwan tersebut menyelinap masuk ke beberapa tempat yang sukar, selain tidak mudah dikesan oleh pihak musuh.

Tikus juga dilihat berupaya mengesan bahan letupan, peluru dan kedudukan tebusan, sama seperti anjing yang mempunyai deria bau yang tajam.

Beberapa sumber di sini menyatakan bahawa tikus sudah digunakan oleh pasukan tentera Israel ketika berdepan dengan situasi pengganas.


Akhbar Izvestia melaporkan, sekiranya tikus-tikus berkenaan melepasi semua ujian yang dijalankan, haiwan terbabit bukan sahaja bakal ditempatkan di dalam pasukan perisik negara, malah Rusia akan dikenali sebagai negara 'perangkap tikus'.

Seorang daripada pakar perisikan, Anton Venediktov berkata, tikus boleh diajar untuk mengenal bau beberapa bahan yang sering digunakan untuk tujuan jahat seperti bom, dadah dan mayat manusia.

"Selain bau, haiwan kecil itu juga diajar untuk mengenal tanda isyarat," katanya.

Tikus juga terkenal dengan sikap yang tenang ekoran sistem saraf yang lebih mudah berbanding haiwan lain, sekali gus menjadi pilihan ideal sebagai ejen perisik haiwan.

Haiwan kecil itu dijangka mampu melakukan 150 tugasan dalam tempoh sebulan, selain bekerja mengikut aturan dalam masa enam hingga lapan jam. - AGENSI

Isnin, 18 Februari 2013

Askar cedera dalam kemalangan selepas berkelah


TUNGGU RAWATAN: Askar menerima rawatan di HUS setelah terbabit dalam kemalangan di Kampung Rayu.
TUNGGU RAWATAN: Askar menerima rawatan di HUS setelah terbabit dalam kemalangan di Kampung Rayu.

KUCHING: Seorang askar dalam lingkungan usian 20-an mengalami kecederaan di beberapa anggota badan dalam satu kemalangan di Kampung Rayu, sekitar 7 petang Sabtu.
Mangsa dikatakan berkelah di kampung tersebut bersama rakan-rakannya sebelum terbabit dalam kemalangan itu.
Dia yang mengalami kecederaan di dagu, lengan kiri dan kaki kiri seterusnya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.
Dalam kes berasingan, seorang remaja dari Batu 13, Jalan Matang turut terbabit dalam kemalangan di Kampung Rayu.
Mangsa yang dikatakan baru menghadiri majlis perkahwinan, keluar dari rumah sekitar jam 11 malam dengan menaiki motosikal.
Bagaimanapun mangsa hilang kawalan dan terjatuh dari motosikalnya.
Pengguna jalan raya yang kebetulan mengenali mangsa segera memaklumkan perkara itu kepada keluarganya.
Ahli keluarga mangsa seterusnya membawa mangsa ke HUS untuk rawatan lanjut.

Jangan Politikkan Makam Pahlawan

KUCHING: Jabatan Hal Ehw­al Veteran (JHEV) Sarawak kesal dengan tindakan pem­bangkang mempolitik dan memperbesarkan isu Makam Pahlawan Sarawak di Jalan Taman Budaya.
Pengarah JHEV Sarawak Leftenan Kolonel Monday Juhid berkata Makam Pahla­wan Sarawak seharusnya tidak menjadi modal politik demi meraih undi.
“Pihak pembangkang sen­gaja memperbesar-besarkan isu Makam Pahlawan demi agenda politik, sedangkan ketika usaha untuk membawa balik anggota tentera Sarawak yang gugur di perbatasan da­hulu kumpulan ini sunyi sepi dan tidak pernah menyum­bang sebarang tenaga.
“Tindakan menyeret nama baik pahlawan-pahlawan ne­gara dan memutar-belitkan fakta demi populariti di peti undi bukanlah perkara baharu kerana motif utama golongan ini ialah untuk menipu rakyat kononnya kerajaan menga­baikan serta tidak menghargai jasa serta pengorbanan para perwira kemerdekaan Malay­sia,” katanya di sini.
Monday berkata makam berkenaan dibina khas un­tuk memberi penghormatan negara kepada 21 perwira berasal dari Sarawak yang gu­gur tetapi disemadikan tanpa penghormatan sewajarnya.

Jumaat, 8 Februari 2013

Najib Tidak Bunuh Altantuya


Pendedahan Bekas Pakatan Rakyat
 
 

Nik Aziz : UMNO Murtad?! [Video]



Video ini menunjukkan tuduhan Nik Ajiz yang mendakwa UMNO murtad dalam fahamnya mengatakan UMNO tolak islam dan menghalalkan murtad?Siapa yang beria-ria sangat nak menjatuhkan Islam sehingga sanggup menuduh UMNO yang menyokong murtad dan menolak Islam?



Hari ini Anwar berahim dan anak-beranaknya menggunakan PAS untuk menghalalkan setiap bait kata-kata ahli keluarga PKR, Ayuh Umat Islam, Sedarlah...
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 
 

Nizar Lilin Ni Meroyan Apa ??!! [VIDEO] Macam Kartun Bro..

Tudia sampai gini haa lambai,keluar tingkap beb !
Aiseyman....Dah macam kartun dah, tengok gelagat si Nizar lilin ni, bila bercakap main tuduh je,guna pulak bahasa yang kurang ajar pulak tu. Tak tahu apa yang dimaksudkan dengan LULUS dengan SETUJU.
Apa punya style dan poyo ini menjadi ikutan pencacai-pencacai Pakatan Rakyat ?
Beb,.. nak membangkang memang senang..,sebab membangkang. kita boleh cari 1001 malam, (upss apalah malam pulak..)1001 cara untuk kita membangkang.
Cuba kita membina tengok ? susah ke senang dari membangkang ? 
Uruk malas nak komen lebih-lebih, Ikutilah Video dibawah bagaimana sebenarnya Isu Vale yang dibahaskan dalam dewan, bukan saja dia menjaja merata kononnya YAB Menteri Besar Dato Seri Diraja Dr Hj Zambry bin Hj Abd Kadir yang senyap tak menjawab segala pertanyaan dan kononnya tidak menjawab sebab kelu bila di ajukan pelbagai persoalan, yang sebenarnya boleh kita saksikan dan terbukti memang si Meroyan nie memang KANTOI!!!
 
 

HOT !! [Video] PAS Akan Keluar 'Pakatan Rakyat' ??!!

Pulau Pinang- PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat ?, sepanjang hari ini kita akan berkongsikan video-video menarik untuk kita 'REFRESH' kan memori kita mengenai  
Dan sepanjang hari ini juga video-video yang akan dikongsikan adalah berkenaan dengan isu-isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia.
Nantikan entri-entri Uruk sepanjang hari ini.
 
 

HOT !! [Video] Kak Wan Menangis Minta Anwar Supaya Berhenti Meliwat ??!!

Pulau Pinang - Wan Azizah nampaknya sedang berada didalam dilema mengenangkan suaminya yang kaki meliwat dan gemar bermain dengan China Doll ??. macam mana mahu hadapi PRU13 ??

Kantoi! Ini gambar sebenar ceramah PAS di Parit Buntar



Tak habis-habis puak-puak PAS kantoi menipu rakyat  . Kali ini berlaku di kawasan Parit Buntar ( kubu Mujahid ) di mana satu ceramah PR diadakan di rumah penyokong tegar mereka di  Batu 7, Kuala Krau .

Sebenarnya ceramah berkenaan yang menampilkan seorang barua Melayu  DAP tidak mendapat sambutan pun . Jika anda perhatikan  gambar di atas , boleh la nilai sendiri anggaran yang hadir di ceramah .

Tetapi yang kantoi menipunya , di dalam laman web PAS Parit Buntar di mana mereka menyatakan ribuan hadir dan ini dibuktikan dengan sekeping gambar .

Pemuda pasang bendera BN ditetak.



Tanah Merah, Mohd Dasuki Yusoff, 31, cedera di kepala memasang bendera dan sepanduk Barisan Nasional, dipercayai ditetak seorang penyokong parti pembangkang di Kampung Batu 5 1/2, Jalan Bendang Nyior di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6.45 petang ketika  sedang meninjau lokasi sesuai di sebuah jambatan berdekatan kampung itu bagi memasang bendera dan sepanduk.

Kenyataan Dasuki, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki berhenti di atas jambatan dan memintanya supaya tidak memasang bendera dan sepanduk berkenaan di situ.

Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN," -

Mereka tidak membenarkan bendera atau sepanduk BN dipasang kononnya di situ kubu kuat parti pembangkang.

“Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN.

“Mungkin kerana tercabar dengan soalan saya itu, seorang daripada mereka yang juga penghulu kampung terbabit meluru keluar dari kereta, lalu menghampiri saya serta menumbuk muka saya,” katanya di sini, semalam.

Dasuki berkata, ketika berada di rumah selepas kejadian itu, dia didatangi pula seorang pemuda berusia 26 tahun yang menaiki motosikal memasuki pekarangan rumah sambil memarahinya berikutan kejadian di atas jambatan itu.

Beliau berkata, ketika bertikam lidah dengan pemuda terbabit, tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sebilah parang daripada motosikal dan menetak belakang kepalanya.

Katanya, sebaik melihat dia cedera, pemuda terbabit melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya di pekarangan rumah dan bapa saudara yang melihat kejadian itu terus membawanya ke Hospital Daerah Tanah Merah (HTM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Akibat tetakan itu, saya menerima enam jahitan di kepala dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah malam kelmarin,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, mengesahkan menerima laporan itu dan kes berkenaan sedang dalam siasatan.

Kemaluan perogol dipotong?



 Dhaka menyiarkan seorang wanita berusia 40 tahun  bertindak memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya. Kemaluan itu kemudiannya dibawa ke balai polis sebagai bukti.

Ketua Polis daerah, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di Jhalakathi, malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.

Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Khamis, 7 Februari 2013

Mohon Pihak PKR Kedah Siasat Majlis Tarian Separuh Bogel Ini

Peti email kami menerima kepingan gambar ini. Menurut sumber ia berlaku di kedah.
Mohon siasat sama ada betul atau tidak. Kalau benar, amat malang la.
Buat la program yang mana boleh memberi impak positif sama ada hiburan atau pun program apa-apa.
Tiada guna kita komplen pihak lawan tetapi pihak pakatan sendiri anjur perkara ini.
Harap anwar dan pimpinan lain amnil perhatian. Kami akan tegur jika ianya salah dari segi agama dan tatasusila.
Mohon ambil perhatian.

NURUL IZZAH TERKEJUT???


Hah!!! Kenapa pulak Si Nurul Izzah ni tetiba je nak terkejut tak tentu arah ni? Benda apa yang boleh membuatkan Si Nurul Izzah ni terkejut? Begini ceritanya...

Sebelum ini, Si Nurul Izzah ni melaporkan kekecewaan dia terhadap pihak DBKL bila kain rentang sempena Hari Wilayah milik dia telah diturunkan.

Kononnya, dia nak tuduh la pihak DBKL tu sebagai pihak yang tak bertanggungjawab kerana menurunkan kain rentang tersebut. (KLIK KAT SINI)

Padahal, DBKL ambik tindakan tu sebab Si Nurul Izzah ni tak ikut peraturan dan undang - undang PBT. Dia bukan ada permit pun nak pasang kain rentang tu.

Maka sebab itu la DBKL turunkan kain rentang tu. Habis, apa pasal pulak Si Nurul Izzah ni nak terkejut pulak hari ni? Takkan pasal itu dia boleh terkejut ye tak?

Si Nurul Izzah ni terkejut sebab tindakan yang sama jugak telah dibuat oleh pihak Rejim DAPigs di Pulau Pinang bila pihak berkuasa turunkan bendera BN baru - baru ni.

Mungkin selama ini Si Nurul Izzah ni anggap hanya Kerajaan BN je yang dok mensabotaj puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Tapi dia tak sedar. Pakatan pun sama jugak.

Bezanya Kerajaan BN dengan Rejim DAPigs Pulau Pinang, walaupun ada permit dari pihak Polis dan PBT, Rejim DAPigs Laknatullah tu tetap jugak cabut bendera BN tu. Diorang buat atas dasar dengki, bukan sebab peraturan pun!!! Itu pasal la Si Nurul Izzah ni terkejut!!!

7 anggota tentera ditahan kerana sertai HKR112

KUALA LUMPUR: Kelab Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat) akan menyediakan bantuan guaman untuk semua anggota tentera yang ditahan kerana menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) baru-baru ini.

Pengerusinya, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar) berkata, pihaknya mendapat maklumat sekurang-kurang 7 anggota tentera ditahan kerana dituduh terlibat dalam himpunan itu.

Kesemua mereka kini ditahan di kem masing-masing untuk tujuan penyiasatan.

"Kami akan sediakan peguam untuk kesemua mereka. Sehingga kini, peguam Mohamed Hanipa Maidin sedia untuk membantu," kata beliau kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apakah peguam boleh mewakili anggota tentera yang sedang bertugas ketika dibicarakan di kalangan mereka, Nazari berkata, "boleh".

Menurut Nazari, lebih 1,000 anggota tentera yang sedang bertugas dan sudah bersara menyertai himpunan baru-baru ini.

Mereka menyertainya kerana mahu menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa kebajikan dan keperluan mereka tidak dijaga dengan baik.

Isnin, 4 Februari 2013

ATM masuki dimensi keempat

ATM masuki dimensi keempat
Zulkifeli (tiga kiri) beramah mesra dengan bekas anggota tentera, semalam.



PASIR MAS – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkemaskan khidmat menjaga keselamatan negara menerusi dimensi ke-4, penggunaan siber.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, ATM akan melengkapkan kemampuan dan keupayaan dalam penggunaan dimensi ke-4 (4DMAF).

Katanya, keupayaan ini akan mengelakkan daripada ketinggalan memandangkan ia sudah diteroka sejak enam tahun lalu.

“Perlaksanaan pusat pengoperasian rangkaian atau 'network centre operation' membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih terperinci menerusi suara, imej dan data. “Ini membolehkan kita menghantar setiap data ketika di medan perang, kepada markas atasan dalam menentukan setiap arahan selanjutnya,” katanya, selepas menyampaikan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (STB1M), di Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, semalam.

Beliau berkata, penggunaan satelit khusus untuk ATM akan dilancarkan tahun depan menggunakan transmisi ‘x-band’.

Ketika ini katanya, ATM terpaksa menyewa penggunaan satelit Measat untuk program tersebut.

“Sebelum ini, ATM mempraktikkan tiga aspek keselamatan negara menerusi dimensi permukaan daratan dan lautan, dimensi udara dan dimensi bawah laut (sub-marin).

“Penggunaan dimensi ini akan mengelakkan daripada ketinggalan dari segi kemajuan demi menjamin keselamatan negara di masa depan,” katanya,

Dalam majlis tersebut, seramai 895 anggota veteran ATM dari Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat menerima bayaran sebanyak RM1,000.

Di Kelantan sahaja, seramai 8,600 anggota berdaftar diluluskan untuk mendapat bantuan terbabit.

Zulkifeli turut memaklumkan, kurang 50 peratus daripada 234,000 ahli veteran seluruh negara berdaftar, maka pihaknya memohon mereka menghubungi persatuan dan kelab pesara tentera di kawasan masing-masing.

ATM perkenal dua syarat baru dalam pengambilan pegawai dan anggota

KUALA LUMPUR: Mulai tahun ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan syarat baru dalam mengambil serta melatih pegawai dan anggota sejajar dengan hasrat negara menjadikan pegawai dan anggota tentera bertaraf dunia.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, syarat baru yang diperkenalkan ATM itu merangkumi dua perubahan dalam pengambilan pegawai dan anggota yang akan dinilai melalui kelulusan akademik.

"Syarat baharu ini kami mula laksanakan awal tahun ini iaitu jika seseorang individu memohon menjadi pegawai muda, kelayakan akademik dinilai adalah dengan memiliki ijazah kelas pertama dengan kepujian dalam mana-mana bidang.

"Berbeza dengan syarat sebelumnya yang hanya dinilai dengan memiliki ijazah, tanpa mengira kelas pertama atau kedua, dan diploma dalam apa-apa bidang," katanya ketika ditemubual Bernama, di pejabatnya baru-baru ini.

Zulkifeli berkata, syarat baharu kedua ialah individu yang memohon untuk pengambilan anggota lain-lain pangkat hendaklah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata sebelum ini permohonan untuk jawatan anggota lain-lain pangkat sekadar memerlukan kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Ini selaras dengan hasrat ATM khususnya dan negara amnya dalam menjadikan pegawai dan anggota ATM bukan sahaja mempunyai kelebihan fizikal dan mental malah mempunyai kelebihan dari segi akademik yang mampu mengangkat nama ATM," katanya.

Bukan untuk dijual

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berhasrat menjual 30 pesawat helikopter Nuri jenis Sikorsy buatan Amerika Syarikat, yang berkhidmat lebih 50 tahun dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, sebaliknya lebih ekonomi dan praktikal pesawat itu dibaik pulih untuk membantu helikopter EC725 Cougar baru dibeli kerajaan.

Malah, beliau yakin ATM masih memerlukan pesawat Nuri terutama dalam tugas utiliti dan misi bantuan biarpun negara akan memiliki 12 helikopter EC725 Cougar buatan Perancis awal tahun depan.
ATM menerima dua daripada 12 helikopter EC725 Cougar pada 3 Disember tahun lalu untuk menggantikan sebahagian 30 pesawat Nuri TUDM dan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, berperanan sebagai pesawat latihan selain mempunyai fungsi utama iaitu bagi memperkuatkan misi mencari dan menyelamat dan juga sebagai pesawat pengangkut serta utiliti lain.

“Kami akan menambah baik dan menaik taraf pesawat Nuri kerana ia masih baik dan boleh digunakan untuk misi bantuan, kita perlu menambah baik dari segi sistem dan bahagian kokpit serta beberapa bahagian lain,” katanya, di sini.

Beliau berkata, penambahbaikan yang akan dijalankan terhadap pesawat Nuri dijangka mampu memantapkan penugasan utiliti selain dapat membantu pesawat EC725 Cougar.
“Ada sebahagian daripada Nuri, akan tempatkan untuk kegunaan tentera darat,” katanya.

Zulkifeli berkata pada masa sama pemilikan pesawat EC725 Cougar baru dimiliki ATM baru-baru ini bertujuan meningkatkan keberkesanan tugas pemantauan ruang udara selain turut berperanan dalam misi bantuan lebih cekap.
Bagi meningkatkan tahap keselamatan ruang udara negara, ATM turut meneliti bagi mendapatkan beberapa pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) serta pesawat Airbus 400M yang bergantung kepada kemampuan kewangan negara.

“Buat masa ini ATM meneliti keupayaan empat MRCA yang berpotensi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) antaranya Gripen dari syarikat Sweden, F/A-18E Super Hornet dari syarikat Amerika Syarikat, Rafale dari Syarikat Daesu dan Eurofighter Typhoon dari Britain,” katanya.

Harun Taib 'Belasah' Karpal Singh



Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak berhak mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, Karpal tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman parti lain.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas turut mempertikaikan kelayakan Karpal untuk memberikan pandangan dalam isu tersebut.

“Kita tidak peduli pandangan Karpal. Siapa dia hendak beri pandangan? Dia pun daripada parti lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.

Sabtu, 2 Februari 2013

2 Tahanan lolos dapat bantuan untuk sembunyi?

BUKIT MERTAJAM – Polis tidak menolak kemungkinan dua tahanan iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, yang meloloskan diri daripada tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth bulan lepas, mendapat bantuan pihak lain untuk bersembunyi.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar meminta orang ramai terutama keluarga dan kenalan terdekat dua lelaki yang diburu itu supaya tidak menghulurkan bantuan kepada mereka.

"Sebelum ini tahanan lain turut dibantu rakan mereka sebelum berjaya ditahan polis,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat II sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2013, di
Tol Juru, di sini hari ini.

Beliau berkata, polis yakin kedua-dua tahanan yang diburu itu masih bersembunyi di negeri ini dan polis kini meningkatkan usaha memburu mereka.
"Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh, saya percaya kami akan dapat tahan mereka dalam tempoh terdekat,” katanya.

Bilik Gerakan (PDM) Mula Beroperasi Seluruh Negara


Sebanyak 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di 222 kawasan parlimen seluruh negara mula beroperasi hari ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.


Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata setiap PDM itu perlu menjalankan tugas dalam mengumpul data dan carta pilihan raya.

"Paling penting mereka melakukan semakan terhadap daftar pengundi terkini dan mengenalpasti pengundi berkenaan sama ada putih, kelabu atau hitam atau pengundi luar,"  katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan mesra penerangan ke PDM Kampung Morten, Melaka hari ini.

Beliau berkata PDM untuk pilihan raya umum ke-13 dibuka lebih awal, berbeza sebelum ini apabila ia hanya dibuka selepas pembubaran Dewan Rakyat.

Ahmad yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata semua PDM BN mesti dihias dengan bendera BN dan terpulang kepada ketua PDM untuk menentukan waktu operasi sama ada perlu menjangkau sehingga malam.

Beliau berkata bilik gerakan PDM boleh meneruskan pelaksanaan kerja-kerja jalinan rakyat dengan melakukan ceramah kecil-kecilan secara berkelompok, mengadakan lawatan ke rumah-rumah dan aktiviti-aktiviti tertentu.


Ditanya sama ada tindakan akan diambil jika ada PDM yang tidak dibuka, beliau berkata: "Kerja-kerja parti ini secara sukarela, kita memujuk dan mengarah dan saya pasti arahan untuk membuka PDM akan dipatuhi".

Jawatan Kosong FELCRA Berhad 2013




Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) was established in 1966. Its objective is to develop rural sector by helping its community to participate in national economic activities, thus improving their standard of living. Since September 1st,1997, FELCRA is known as FELCRA Berhad due to its corporatization. It is no longer a Statutory Body but has becomes a fully Government owned company.With the change of its corporate entity, FELCRA is now able to explore new business opportunities, in line with national development aspiration. Armed with plantation management and core activities skills, FELCRA Berhad is now diversifying its activities into industrial and service sectors as well as other growing business areas.

1. Pegawai Hal Ehwal Akademik
2. Pegawai Hal Ehwal Pelajar
3. Pengurus (Veterinar)
4. Oil Palm Plant Breeder
5. Pengurus (Pertanian)
6. Jurutera Mekanikal
7. Pengurus (Sistem Maklumat)
8. Pustakawan
9. Eksekutif (Veterinar)
10.Eksekutif (Biakbaka)
11.Eksekutif (Makmal)
12.Eksekutif (Kesetiausahaan)
13.Eksekutif (Perladangan)
14.Penolong Eksekutif (Veterinar)
15.Penolong Eksekutif (Perladangan)
16.Penolong Eksekutif (Makmal)
Jutaan tahniah kepada Aznil Haji Nawawi atau dikenali dengan nama Pak Nil kerana dikurniakan darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran “Datuk”.
datul aznil
Istiadat penganugerahan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta. Disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam. Kurniaan pangkat kebesaran ini adalah sempena Hari Wilayah Persekutuan.

10,000 POLIS SEDIA UNTUK PRU-13

KOTA KINABALU: PDRM menasihatkan semua parti politik di negeri itu mematuhi undang-undang ketika berkempen sempena PRU ke-13 nanti.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku insiden di luar batasan seperti mana yang  termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

PDRM sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi PRU13 sekiranya PM membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini.

Bagi mempertingkatkan aspek keselamatan, kita meminta kepada mana-mana  parti-parti politik untuk mematuhi Akta Perhimpunan Aman semasa berkempen. Sesiapa yang berdegil, polis akan mengambil tindakan berpandukan undang-undang sedia ada," katanya.