Selasa, 25 April 2017

Kanak-Kanak Maut Kemalangan 3 Buah Kenderaan Berhampiran R&R Seremban

Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut manakala tiga anggota keluarganya cedera parah, dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan tiga kereta di KM 271.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang semalam.



Mangsa yang maut ialah Muhammad Wafiq Fitri Walilah manakala bapanya, Walilah Karim, 40 tahun, ibunya, Sri Yulianty Mukhtaruddin, 34 tahun, adiknya, Puteri Wafiqah, 2 tahun, yang duduk di pangkuan ibunya, cedera parah.

Kemalangan kira-kira pukul 6.10 petang itu turut mengakibatkan kesesakan sejauh kira-kira 10 kilometer.

Agong Hadir Majlis Santapanempena Pertabalan

KUALA LUMPUR, 24 April - Sultan Muhammad V berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara di sini, malam tadi.





Selain Raja-raja Melayu, majlis santapan itu turut dihadiri Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta menteri-menteri kabinet, duta-duta asing serta para pegawai kanan kerajaan juga menghadiri majlis itu.

Majlis berkenaan diserikan dengan persembahan nyanyian artis tempatan termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Andre Goh yang diiringi Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Seri Paduka dan para hadirin turut menyaksikan persembahan dikir barat yang diterajui Halim Yazid serta tarian kebudayaan anak-anak Permata Seni dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Sultan Muhammad V, 47, ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis 2016.

Khamis, 14 Julai 2016

Tempahan Nombor Pendaftaran 'V' Dibuka Mulai Jumaat


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  membuka tawaran tempahan bagi siri pertama nombor pendaftaran kenderaan 'V' kepada orang awam bermula Jumaat hingga 28 Julai ini.

JPJ menerusi kenyataan pada Khamis berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor pendaftaran yang baharu bermula dengan huruf 'V'.

"Ini bagi menggantikan siri nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf 'W' yang digunakan sebelum ini," kata kenyataan itu.

Orang ramai yang berminat boleh mengemukakan tempahan kepada Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan di sini dan panduan serta syarat-syarat lanjut mengenai tempahan boleh dilayari di laman sesawang JPJ di http://www.jpj.gov.my/.

Kerajaan Pulau Pinang belum kemukakan dokumen projek jambatan ketiga

Kementerian Kerja Raya mengesahkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang masih belum mengemukakan sebarang dokumen atau menetapkan tarikh menemui kementerian berhubung projek jambatan ketiga



Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata kementeriannya menegaskan lagi bahawa ia komited dalam membuat penilaian adil terhadap cadangan jambatan ketiga itu, untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar.

"Kami mengingatkan kerajaan Pulau Pinang agar berkongsi dengan kami semua dokumentasi relevan, agar kami dapat membuat keputusan bermaklumat demi kepentingan rakyat," kata beliau.


Remaja maut kenderaan terbabas

Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 260.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora, semalam.


Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa Muhammad Shafiq Danial Alias, 18, maut di tempat kejadian manakala Muhammad Nur Hafiz Mohd Ridzwan, 20, patah kaki.

Pegawai Turus Trafik Kuala Kangsar, DSP Mohd Mahiri Hussin berkata siasatan awal mendapati kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipandu Muhammad Shafiq hilang kawalan sebelum terbabas.

Khamis, 12 Mei 2016

KAFA umum Ketua Jurulatih Kelantan petang ini


KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa sahkan K Devan sudah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung peletakan jawatannya selaku ketua jurulatih sejak beberapa minggu lalu. 

Annuar, selaku Presiden KAFA  mengucapkan terima kasih kepada Devan kerana khidmat diberikan sebelum ini "Jurulatih TRW K Devan meletakkan jawatan setelah berbincang dengan KAFA sejak beberapa minggu lalu. 

Kita mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat beliau. "Devan seorang yang dedikasi dan jujur. Kedatangannya ke Kelantan dengan ikhlas mahu cuba membantu dengan terma yang paling ringan. 

"Beliau juga mengundur diri secara baik dan penuh hormat selepas beliau secara peribadi merasakan beliau telah berusaha sebaik mungkin," kata Annuar menerusi entri terbaru di Facebooknya sebentar tadi. 

Majlis Raja-Raja ucap takziah kepada keluarga nahas helikopter


KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja merakamkan ucapan takziah kepada semua anggota keluarga mangsa nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada Khamis lepas.

Ucapan berkenaan dizahirkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-241 di Istana Negara di sini semalam.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan semalam berkata Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja turut bersedih dengan kejadian yang berlaku dan berdoa serta berharap semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapinya.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja selama sehari itu dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang tidak diwakili.

Jumaat, 6 Mei 2016

Nahas helikopter: Jasad pertama ditemui



Pasukan Bomba dan Penyelamat sebentar tadi mengesahkan satu jasad telah ditemui berhampiran serpihan pesawat di Sungai Batang Lupar pada jam 12 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata jasad seorang wanita ditemui berhampiran tapak nahas.

Khamis, 5 Mei 2016

Heli Bawa Timbalan Menteri, MP, Hilang Dari Radar Di Sarawak

17
HELIKOPTER yang dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dilaporkan hilang dari radar sejak petang tadi.

Ketika kejadian, helikopter dari Betong ke Kuching itu djadualkan mendarat di tarmac Hornbill Skyways, Kuching namun dikatakan hilang dari radar pada jam 5 petang berhampiran kawasan Sebuyau.


Antara VIP yang hilang termasuklah suami Noriah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khairil Anuar dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai.

1. Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC
2. Tuan Asmuni bin Abdullah( suami TM)
3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai , KSU MPIC,
4. Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Pengerusi MPOB/ AP Kuala Kangsar,
5. Ahmad Sobri bin Harun ( pengawal peribadi) .

Juruterbang memaklumkan menara kawalan lokasi mereka berada di sekitar kawasan Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan.

Selasa, 3 Mei 2016

Gajah Ditemui Mati Di Tasik Pedu

Bangkai seekor gajah dewasa tanpa gading yang ditemui mati dipercayai dibunuh oleh pemburu haram di Charok Jit, Tasik Pedu pada Selasa.

ALOR SETAR: Seekor gajah ditemui mati tanpa gading di Charok Jit, Tasik Pedu pada Ahad lalu. 

Ia yang tidak diketahui jantinanya dipercayai mati lebih dua minggu sebelum ditemui sekumpulan pemancing, yang disyaki angkara pemburu haram. 

Setiausaha Koperasi Persatuan Nelayan, Penternak dan Pelancongan Tasik Pedu, Amir Wahab berkata terdapat kesan mencurigakan pada haiwan tersebut. 

"Gading gajah tersebut didapati dipotong oleh pemburu haram dengan menggunakan peralatan profesional," katanya dan menambah pemburu mungkin menggunakan jeti haram di Tasik Pedu untuk memburu gajah yang keluar dari kawasan hutan bagi mendapatkan air. 

"Musim El-Nino menyebabkan haiwan liar seperti gajah akan keluar dari hutan untuk mendapatkan air dan ini memberi peluang kepada pemburu haram untuk melakukan kegiatan mereka tanpa diketahui umum," katanya. 

Sementara itu Jabatan Perhilitan Kedah berkata mereka masih menyisat kes tersebut.

Sultan Selangor Ziarah MB Kelantan




KOTA BHARU : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menziarahi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasminya di JKR 10, di sini.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan disambut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Baginda tiba pada jam 2.30 petang dan meluangkan masa lebih 30 minit sebelum meninggalkan kediaman Ahmad.

Awal April lalu, Ahmad dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah mengadu kepenatan selepas mempengerusi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan terdapat pendarahan kecil di kepalanya dan beliau dinasihati melakukan pembedahan.

Susulan pembedahan, beliau kini dinasihatkan untuk berehat secukupnya dan menunggu pemeriksaan susulan.

Tugas rasminya kini dipangku Timbalan Menteri besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

#PRNSARAWAK : Jangan Jual Undi Untuk Wang Sogokan


Najib Tun Razak.
SRI AMAN: Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang tidak menjual undi mereka semata-mata untuk mendapatkan wang sogokan.
Perdana Menteri berkata, masa depan pengundi adalah lebih bernilai berbanding dengan wang ringgit yang cuba disogokkan oleh pihak-pihak tertentu yang mahukan undi mereka.
Mereka perlu mengutamakan masa depan mereka semasa pilihan raya ini dan bukannya menggunakan hak mereka untuk mendapat duit secara cepat.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Rumah Panjang Jegai Anak Jawa, Kampung Purai, sebuah perkampungan masyarakat Iban di Undop, kira-kira 40km, dari sini, Selasa.
Sebelum itu, calon Barisan Nasional (BN) DUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, mendakwa telah menerima maklumat ada cubaan pihak tertentu untuk menyogok pengundi di kawasannya agar tidak mengundi BN.
Beliau mendakwa pengundi khususnya di kawasan kaum Iban telah ditawarkan RM100 setiap seorang untuk berbuat demikian dan akan ditambah RM200 lagi selepas pilihan raya ini.
Sementara itu, Najib berkata, beliau yakin pengundi Iban di DUN Simanggang bijak membuat pilihan mereka dan tidak mudah terjebak dengan tawaran sedemikian.

Isnin, 2 Mei 2016

#PRNSARAWAK: Najib Mahu Pembangunan Di Sarawak Seimbang Seperti Semenanjung

IMG-20160502-WA0087
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak berpuas hati selagi tahap pembangunan di Sarawak tidak seimbang seperti negeri-negeri di semenanjung.
Perdana Menteri, kerajaan juga mempunyai agenda yang besar untuk negeri-negeri yang besar termasuk Sarawak.
Jelasnya, ayahanda beliau Tun Abdul Razak digelar Bapa Pembangunan kerana membangunkan negara tetapi usaha beliau belum selesai kerana Sarawak belum mencapai tahap pembangunan yang diingini.
“Sebab itu anak beliau akan sambung. Sebab tu saya datang 53 kali ke Sarawak dan saya bukan datang dengan tangan kosong atau lenggang lenggok.
“Saya datang dengan membawa berita baik, nak tengok Sarawak maju,” katanya ketika berucap pada majlis Program Tinjauan Mesra di Daerah Kabong, Betong Sarawak.
Majlis itu turut dihadiri oleh calon BN di Dun Kabong, Mohamad Chee Kadir yang berdepan dengan calon DNP, Novert Sullang dan Jini Sahibi dari Parti Amanah pada Pilihan Raya Negeri Ke- 11 Sabtu ini.
Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut meluluskan pembinaan bangunan baru untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman di Kabong.

#PRNSARAWAK : Dakwaan pembangkang Sarawak dipinggir adalah fitnah


KUCHING: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sebanyak RM1.3 bilion daripada jumlah peruntukannya, RM5.4 bilion pada tahun ini kepada Sarawak.

Malah menurut Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada RM300 juta yang diperuntukkan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di seluruh negara, sebanyak RM88 juta adalah diagihkan untuk Sarawak.

“Peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk Sarawak sebenarnya adalah besar. Kalau pembangkang kata kerajaan persekutuan meminggirkan Sarawak, itu merupakan satu fitnah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kelab Wawasan Anak Muda Perintis Intelektual Se-Malaysia (WARIS) dan Ramah Mesra Persatuan Bekas Kakitangan KEMAS Malaysia (PBAKM) di Kompleks Islam Sarawak di sini, semalam.

Justeru, Ismail menyeru rakyat negeri ini terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini.

Dengan itu, katanya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan dapat terus bekerjasama bagi meneruskan kesinambungan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan persekutuan di negeri ini.