Seramai 531 orang terlibat dalam perbarisan yang terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia.
Jumaat, 31 Julai 2015
Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan 2015
Seramai 531 orang terlibat dalam perbarisan yang terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia.
Op Sepadu: Imigresen Tahan 160 PATI
Imigresen Kedah menahan 160 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Sepadu di tapak pembinaan di Bandar Puteri Jaya Fasa 13, Sungai Petani, awal pagi tadi.
Timbalan Pengarahnya, Mohd Sabri Zainal berkata, dalam operasi bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi itu, PATI berusia antara dua hingga 50 tahun dari pelbagai warganegara ditangkap.
Mereka yang ditahan ialah 11 lelaki dan empat wanita Indonesia, 17 lelaki Bangladesh, 74 lelaki Nepal serta 52 lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun warga Myanmar.
Kesemua Pati dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik.
Siasatan awal mendapati 156 PATI ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1964 (Pindaan 2002) manakala empat lagi atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Imigresen 1959/1963 kerana tinggal melebihi tempoh.
Ahad, 17 Mei 2015
Perintah berkurung esszone dilanjutkan
KOTA KINABALU - Fasa 20 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan mulai 18 Mei hingga 2 Jun dari 7 malam hingga 5 pagi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perintah berkurung merangkumi enam daerah melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga ke titik garisan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, pelancong dan rakyat Sabah di daratan Esszone.
Penguatkuasaan ini memudahkan pemantauan pergerakan bot yang menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.
Tol laluan jambatan ASEAN dimansuhkan
MIRI - 1 Jun 15 kenderaan yang menggunakan jambatan ASEAN tidak perlu membayar tol RM10
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan pemansuhan bayaran itu adalah langkah untuk mengurangkan beban pengguna yang melalui jalan itu bagi menghubungkan Malaysia dan Brunei.
Terima kasih kepada Shin Yang Group of Companies atas kerjasama mereka memansuhkan tol demi faedah rakyat Malaysia.
Katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 Bandaraya Miri di sini malam tadi.
Mangsa culik bersenjata selamat
KOTA KINABALU - Polis sahkan dua rakyat Malaysia mangsa culik sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran Ocean King di Sandakan, Khamis lalu berada dalam keadaan selamat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata, kedua-dua mangsa iaitu Thien Nyuk Fun, 50 dan Bernard Then, 39 kini disembunyikan kumpulan penculik di sebuah pulau di perairan Filipina.
Polis telah menjumpai kedua-dua keluarga mangsa dan mengesahkan ada menerima panggilan telefon daripada penculik dan mereka meminta tuntutan wang, "nilai tidak dinyatakan" katanya di sini sebentar tadi.
Sabtu, 16 Mei 2015
Perdana Menteri ada jasa - Najib
"Apa yang penting, adalah untuk kita lakukan yang terbaik dalam zaman kita kerana sejarah akan menilai kita, dan saya berazam untuk melakukan terbaik untuk rakyat," katanya pada majlis 'Sepetang bersama Perdana Menteri' anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Selangor di sini, hari ini.
Najib berkata: “Kita tahu jasa Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama
Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj) kepada negara. Saya tidak boleh kata (saya) lebih baik daripada (ayahanda) Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein) dan juga pemimpin-pemimpin lain yang menjadi perdana menteri."
Sehubungan itu, katanya, beliau tidak menganggap dirinya sebagai perdana menteri yang terbaik berbanding lima perdana menteri sebelum ini.
Najib mengulas kenyataan Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar dalam ucapan aluannya yang menganggap beliau sebagai perdana menteri terbaik berbanding perdana-perdana menteri Malaysia sebelum ini.
Jumaat, 15 Mei 2015
Dua beranak maut kemalangan
ALOR SETAR - Dua beranak maut selepas kereta dinaiki
mereka terbabas merempuh sebatang pokok kelapa di Kilometer 12.2 Lebuh Raya
Utara-Selatan dari arah Jitra menghala Changlun, awal pagi tadi.
Kejadian pukul 2.30 pagi itu, pemandu kereta Salwa
Salim, 31, dan anak lelakinya, Iman Syahmi Ahmad Irwandy, 6, meninggal dunia di
tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Jitra untuk dibedah
siasat.
Khamis, 14 Mei 2015
1.59 juta saman berstatus waran tangkap
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff berkata, pihaknya memberi peluang kira-kira dua minggu kepada pesalah trafik membuat semakan dan bayaran sebelum tindakan tegas diambil, namun hanya sebilangan kecil menjelaskannya.
"Kita telah kenal pasti pesalah trafik yang memiliki waran tangkap ini di mana mereka berada dan minggu depan kita akan jejak dan tahan mereka seterusnya bawa ke mahkamah," katanya dalam program bual bicara Bernama Radio di sini hari ini.
Mohd. Fuad berkata, angka itu sangat rendah, sambil berpendapat bahawa pesalah trafik tidak menggunakan peluang diberikan walaupun hebahan telah dibuat sejak 30 April lepas.
Katanya, angka 1.59 juta itu merupakan baki dari 1.8 juta saman yang diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Ops Selamat 5 yang dilancarkan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.
Rani Kulup bertempur dengan komunis

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka berkata, beliau menyertai bidang ketenteraan ketika usianya masih muda dan sentiasa bertekad melindungi masyarakat sehingga kini.
Katanya beliau pernah bertempur dengan pengganas komunis di Gua Musang Kelantan, selepas itu bertempur lagi di Kuala Kacau, dan Nibong dan paling ngeri terkena jerangkap samar yang dipasang oleh pihak musuh ketika misi risik gempur, masa itu, memang ada pasukan khas dalam pasukan tentera. Selain pasukan komando, kita juga ada pasukan perisik.
Saya berhenti pada tahun 2003 dan sejak itu, saya banyak melibatkan diri dengan aktiviti pertubuhan. Katanya semalam.
Berita palsu awie meninggal dunia
Penyanyi Awie masih hidup dan baharu sebentar tadi dihunungi menerusi aplikasi WhatsApp.
Sebelum ini tersebar luas laporan yang tersebar dalam laman sosial mengatakan beliau meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Lahad Datu.
Bagaimanapun Awie yang dinyatakan dalam laporan itu difahamkan peminat fanatik beliau yang mendapat gelaran Awie Lahad Datu.
“Esok hubungi saya boleh kerana saya masih sibuk bekerja sekarang ini,” kata Awie.
Berita kematian Awie Lahad Datu itu sudah lama dilaporkan sejak 2013 tetapi ada pihak dilihat cuba melakukan gimik menyebarkannya semula dan menggunakan gambar Awie.
Cuepacs sokong Najib

KOTA KINABALU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam mengumumkan pendirian untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, Cuepacs akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib tanpa rasa prejudis dan berbelah bahagi berharap beliau meneruskan tugas-tugasnya dan tidak perlu memikirkan perkara remeh-temeh yang mengganggu fikiran serta tidak memandang kebelakang dan terus maju.
Katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas perhimpunan Hari Pekerja 2015 peringkat negeri Sabah, hari ini.
Langkawi ribuan PATI mendarat
Kem Rohingya, mayat ditemui di sempadan
SPRM Beku Akaun Menteri Muda Sarawak
Rabu, 13 Mei 2015
Penuntut Maut Terbabas Motorsikal
DUNGUN - Seorang penuntut Akademi Binaan Malaysia (ABM) Jenagor maut selepas motosikalnya terbabas di Lebuh Raya Pantai Timur 2 berhampiran Plaza Tol Dungun petang tadi.
Kontraktor penjara lima hari pukul teman wanita

Sabtu, 14 Mac 2015
PM lancar Pusat Kajian Pondok
Isnin, 17 Mac 2014
Perkara pelik berkenaan Jambatan Sultan Abdul Halim
![]() |
| Jambatan Kedua Pulau Pinang |
Sabtu, 15 Mac 2014
Tiga kapal Maritim bantu SAR di Selat Melaka
Menurut seorang pegawai Maritim, operasi agensi itu melibatkan enam sektor di utara Selat Melaka dan operasi dilakukan 24 jam,.
"Operasi di Selat Melaka berjalan seperti biasa setiap hari," Maritim membawa 24 wakil media termasuk dua dari Guangzhou, China untuk turut serta dalam operasi mencari itu. Mereka dibawa ke sekitar Pulau Perak, kira-kira 60 batu nautika dari Bukit Malut.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam Jumaat lepas.






