Jumaat, 21 Ogos 2015

DEIG : Aset Bernilai RM30 Bilion



SHAH ALAM 21 Ogos - Status aset-aset Kerajaan Negeri Selangor bernilai RM30 Bilion yang diurustadbir oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berdepan dengan risiko yang amat tinggi sekiranya ianya dipindah dan diuruskan oleh Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor, Budiman Mohd Zohdi berkata, sekiranya pemindahan berlaku, DEIG yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat mampu menidakkan hubungan mereka MBI sekaligus menyebabkan aset tersebut berpindah milik dengan mudah.

Sekiranya semua aset MBI berpindah dan diuruskan oleh DEIG dan kemudian sesuatu di luar jangka berlaku seperti pertukaran kerajaan dan DEIG membuat resolusi tiada kaitan dengan MBI.

Beliau berkata demikian semasa Program Penerangan Khas Isu DEIG di Bangunan Umno Selangor di sini pada Khamis.

Sebelum ini, beberapa Adun termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.

Khamis, 20 Ogos 2015

Kerajaan selangor sangat prihatin


Angka yang anda semua perlu tahu: 
1) RM7.65 Bilion yang dibangkitkan Khalid Ibrahim bila Azmin tak sebut dalam dewan.

2) RM30 Bilion jumlah nilai Aset Kerajaan Selangor yang akan diurus oleh syarikat DEIG



Cara mengeluarkan wang tabung haji menggunakan kad atm maybank

Kemudahan untuk masuk dan keluar duit ke akaun Tabung Haji melalui 2 cara.

1 maybank2u 
2 mesin ATM.

- Cara berurusan akaun Tabung Haji guna mesin ATM Maybank. Sebelum tu, mestilah mempunyai akaun Maybank dan akaun Tabung Haji.

-  'Link' kan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank. Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Mula-mula pergi mesin ATM Maybank dan masukan kad ATM dan password macam biasa.

2. Bila dah masuk menu utama, pilih sub-menu TABUNG HAJI (refer gambar bawah)





3. Lepas tu pilih menu DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI KE ATM (rujuk gambar di bawah)





4. Nanti keluar skrin yang mintak anda masukkan NOMBOR AKAUN TABUNG HAJI (rujuk gambar di bawah)





5. Skrin yang seterusnya akan minta anda masukan NOMBOR SIRI BUKU SIMPANAN TABUNG HAJI ANDA.

Sekarang anda dah boleh guna kad ATM Maybank untuk buat transaksi duit masuk dan keluar melalui akaun Maybank....termasuk juga menyemak baki semasa akaun Tabung Haji anda.

Selain itu, melalui mesin ATM kita juga boleh mendaftar dengan Tabung Haji untuk urusan mengerjakan haji. 

Mukhriz cadang GST turun 3 peratus

Mukhriz Tun Dr Mahathir

Alor Setar - Kerajaan Negeri Kedah mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya menurunkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada enam peratus kepada tiga peratus.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kadar tiga peratus itu dicadang kekal untuk beberapa tahun sehingga rakyat sudah biasa dengan cukai terbabit.

Katanya, kerajaan persekutuan perlu pertimbangkan supaya dapat mengagihkan hasil daripada GST itu kepada negeri yang miskin seperti Kedah. Ia tidak pelik kerana telah pun diamalkan di Australia. Katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini semalam.

Beliau berharap kerana terdapat banyak rungutan dan aduan daripada rakyat tentang bebanan yang terpaksa ditanggung akibat pelaksanaan GST pada 1 April lepas.

Rabu, 19 Ogos 2015

Lim mahu guling kerajaan


 


"DAP tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak lima dekad perjuangan politik kami untuk demokrasi dan keadilan di Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa bahawa parti itu tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak penubuhannya.

Tegasnya, jika DAP telah menerima hanya satu ringgit pun dana asing, mereka akan dituduh sebagai ejen dan alat kuasa asing.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin apapun tindak-tanduk parti pembangkang termasuk harapan penasihat DAP Lim Kit Siang agar wujud pakatan pembangkang baharu selepas pelancaran parti Gerakan Harapan Baharu (GHB), tidak akan memberi ancaman kepada BN.

BERSIH 4.0 melayu ditipu lagi


Orang Islam disuruh Ambiga pergi himpunan BERSIH sedangkan dia hilangkan diri bercuti ke Eropah.

Berapakah Ambiga dapat wang dana untuk menggerakkan Bersih 4.0?

Nampaknya Ambiga berjaya kencingkan orang Islam lagi !

Benarlah kata TG Hj Hadi Awang, jangan biarkan kita diperbodohkan lagi oleh Ambiga Dan DAP!


Sabtu, 1 Ogos 2015

Petrol diesel turun 10 sen

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos).


Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.

Dakwaan itu menggunakan nama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebagai sumber maklumat tersebut.